Tuesday, December 18, 2007

ANDA INGIN BERCUTI KE LANGKAWI- INGAT CUTI, INGAT LANGKAWI

Berbagai cara digunakan untuk promosi, kami memilih Blog untuk mempromosi Langkawi, banyak laman - laman web. lain yang turut mempromosi Langkawi sebagai destinasi percutian utama anda.

Bagi anda yang ingin bercuti ke Langkawi kami sedia menawarkan tempat penginapan yang sesuai mengikut kemampuan anda. Pengalaman melawat tempat yang menarik serta pelbagai aktiviti seperti Island Hopping,Mangrove Tour , Pulau Payar Marine Park, Car /Bas / Rental,yang membuat anda berpuas hati dengan wang yang anda belanjakan.

Bagi anda yang baru mendirikan rumah tangga "berbulan madu" adalah salah satu acara yang bermain di fikiran atau soalan yang sering ditanya, Kami sedia menyambut anda di Langkawi, pilihan yang tepat untuk anda merancang kihidupan yang bakal di tempuh bersama pasangan anda, selain itu anda dapat berbelanja barangan Bebas Cukai yang terdapat disini, selain Gedung Ubatan Tradisional yang tersohor seperti Gamat,Air Gamat,Beronok,Pelbagai Herba dan Ramuan Herba Seperti Tongkat Ali, serta pelbagai ubat untuk kesihatan, serta kisah Puteri Lagenda Mahsuri.

Bagi anda yang suka aktiviti pantai,terdapat banyak pantai yang menarik dan berbagai aktiviti, dari jet ski,banana,parasailing,Island hopping dan lain - lain juga ada.

Antara aktiviti diperingkat antarabangsa yang berlangsung diLangkawi, yang dapat di tonton oleh pelawat dan pelancong selain LIMA acara Dwi Tahunan yang tersohor itu, Le Tour D'Langkawi dan Iron Man, yang akan berlangsung pada bulan Feb. 2008. Jadi hubungi kami segera dan buat tempahan sekarang untuk ,Resort,Hotel,Motel dan Chelet serta kenderaan untuk di sewa.

Lawati Langkawi dan Kenali Langkawi Geopark.


Selamat Datang ke Kedah sempena tahun melawat ' Kedah 08 '

"Jom Pi Kedah, Mai le ke Langkawi, Mai Chek Mai !!! "


Anda boleh menghubungi kami di Langkawi Lovely Holiday Sdn Bhd, email :
llovelyholidays@gmail.com
lagangjadi@gmail.com
gemilangline@gmail.com


Atau

Tel/ Fax: 604 966 0758 / 604 966 4229
Hp : 6012 473 0229 - Abd Rahman b Ahmad - ( Manager )
6012 407 9612 - Pn Mahani

Perkhidmatan/ Aktiviti Yang Ditawarkan: -

Coach,Boat,Car & Van Rental, Sightseeing Tour ( Island Tour )
Hotel & Chalet Reservation, Island Hopping ( 3 Island ) & Eagle Feeding,
Mangrove Tour, Snorkeling,Diving,Fishing,Payar Island Marine Park & Other Related Services.


Langkawi Lovely Holiday Sdn Bhd
43, Persiaran Bunga Raya,
Langkawi Mall.
07000 Langkawi.
Kedah Darul Aman

Puncak Geopark ( Gunung Machincang ) - Jambatan Gantung


Jambatan gantung yang terdapat di puncak Langkawi Geopark adalah sebahagian dari cable car,saujana kehijauan hutan tropika antara yang tertua di dunia adalah hutan simpan kekal, dan di katakan keujudanya sekitar 500 juta tahun, serta bukti keujudan Malaysia dan Asia Tenggara.

Puncak Geopark


Suasana pemandangan dari Stesen Kereta Kabel yang memukau - seperti
pemandangan dari udara.

Puncak Geopark - Gunung Matchincang


Puncak Geopark - Panorama yang mengasikkan dari puncak Geopark. Kita dapat kesini dengan menaiki Cable Car dari Dataran Langkawi Oriental Village Hotel. Pengalaman kucut perut ketika mendaki kepuncak kerana sudut tegaknya menghampiri sudut tepat . Terdapat dua perhentian disini kita boleh turun dulu sebelum meneruskan keperhentian yang kedua samada menaiki semula cable car atau merasai berjalan kaki melaui jambatan gantung . Panorama yang membiru lagi mengasikkan tak mungkin dapat anda lupa.

Kilim Geopark - Pengiktirafan Dunia


Dunia mengiktiraf kita sebagai Geopark. Bukit batu kapur unik
antara yang terindah didunia.Kini menjadi tumpuan peminat,pengkaji dan pecinta alam/ hutan seluruh dunia.

Kilim Geopark - Gua Kelawar/ Bat Cave


Gua Kelawar - Kejadian geologi yang menakjubkan dapat dilihat dari dekat bila kita menyusuri Kilim Geopark. Kini tarikan baru pelancung.

Kilim Geopark - Gua Kelawar/ Bat Cave

Gua kelawar - pelbagai spesis kelawar boleh didapati di sini.